Thursday, October 21, 2010

MC lagiiiiiiii.......

Nak cerita sikit ni pasal kenangan yang tak dapat aku lupakan sempena birthday aku ni. Gini ceritanya..malam tadi aku tak dapat tidur lena..bkn kerana cirit birit tapi kerana aku mengalami sakit perut yang melampau. Sakit gilerrrrrr........serba salah aku dibuatnya.terlentang salah,baring salah,mengiring salah semuanya salah..berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Bila dipikir balik,aku tak makan macam2 pun maklumlah sebelum tu aku kena cirit birit tapi kenapa aku sakit perut macam ni???WHYYYY???????? Dek kerana tak tahan sakit dalam pukul 3am aku bangun makan ubat angin.Ingatkan perut aku ok pas mkn ubat rupanya masih macam tu gak memulas2..nak nagis ada.Nasib baik anak aku arissa tak meragam.

Terasa nak kentut tapi tak kentut,terasa nak membuang tak membuang pun. Mula2 nak tunggu samapi pagi nak pegi semula PUSRAWi,klinik yang aku pegi masa cirit birit tu tapi kerana aku dah tak tahan.AKu terus siapkan diri aku untuk ke klinik. Memandangkan hubby aku tak de so aku kejutkan ayah aku dalam pukul 4:40am.Tunggu pulak ayah aku bersiap,lebih kurang pukul 4:50am aku sampai ke Klinik Kotaraya 24 jam kat Taman Melawati.

Memang tak de orang tak lambat betul aku nak jumpa doktor ni,dah tak tahan sakitnya samapai aku terbongkok2..huhuhuhu..Akhirnya aku jumpa doktor Dr Abdul Rahman.Dia check perut aku,katanya banyak sangat angin so aku cakap dgn doktor tu yang aku kena cirit birit so klinik PUSRAWI tu bagi aku 2 ubat,Aku tunjukkan ubat2 tu. PAs tu dokto tu kata badan aku tak tahan dgn satu ubat cirit birit tu. So dia soh stop ubat tu.Katanya aku kena inject ni..

Alamakkk!!!! Dah lama tak kena injection,kat punggung pulak tu. Nurse ada masa doktok bagi injection. Nasib baik tak sakit,takut gak sebenarnya. Dr bagi aku sehari MC..Aku balik rumah terus tidur penat tapi kesakitan kat perut aku masih ada cuma taklah seperti sebelumnya..

No comments: