Sunday, December 19, 2010

HAPPY BIRTH DAY TO DANY...

Ari ni birthday dany ke 3 tapi kami tak celebrate pun cz nak celebrate masa mak,ayah,adik dan isteri nya serta anaknya datang JB..rumah aku lah tu..

Tapi kami semua nyanyi lagu hepi birthday kat dany..seronok dia ..tersengih2 dia..Tunggu yek dany next week 25hb nanti kita celebrate ye....

RiCE dISpEnsEr tUppErWaRe

Akhirnya....aku guna jugak rice dispenser aku ari ni.Yea..yea.. yea....dah lama aku tunggu nak guna benda alah ni...

Anak2 aku pun dok main rice dispenser tu.heheheh...macam org jakun lak dia orang ni..maklumlah b4 ni barang tu dok dalam kotak.nak guna kat rumah mak aku,dia tak nak cz dia dah ada tin beras yang besor punyeeee......

Rasa puas hati aku dapat guna rice dispenser tupperware ni....

Saturday, November 27, 2010

PENANGAN BLOG

Oleh kerana dah lama tak bukak blog so seperti biasa aku terlupa lagi password..huhuhuh..sadis betl lah. Aku terpaksa reset password aku da...tgh dok goreng cucur udang yg masih kat dalam kuali tapi dgn api yg kecik so aku tinggalkan seketika gorengan ku dulu kerana nak godek godek password blog aku ni.

Kerana terleka dok reset password blog aku ni,gorengan cokodok aku hanguihhhh..huhuhuhu..sodihnyeeeeeeeeee..terpaksalah aku campakkan dalam plastik hitam tong sampah....sib baik ada makanan inggeris..french fries...

inilah dek kerana nak apdet blog ,aku terkena penangan blog .....

BREKPES ARI NI

Ari ni aku bangun awal tau...heheheh..bkn awal sangat pn tapi kalau dah ari sabtu bagi aku dah awallah aku bangun tu... Pikir nak wat sarapan pagi atau istilah mak mertua aku sarap pagi...
Tengok ada bihun,ada gandum,ada french fries dan ada daging burger mentah..

MMMMMM..nak tahu aku masak apa>>>kih kih kih..oleh kerana terlampau rajin sangat aku goreng cokodok udang aikkkkk bkn kodok tau..eeee..aku pun geli nak pegang ni kan nak goreng..cucur udang dan french fries...yummyyyyy..sodap gitu..

memandangkan hubby aku n anak2 masih tidur so apa lagi aku makan dulu lah..perut pun dah berbunyik..SODAPPPPPPPPP..dicicah dgn sos cili LIFE...Kalau nak rasa goreng sendiri lah..aku nak ajak pun kekawan jauh nun di sane...

Wednesday, November 17, 2010

INTERNET -BROADBAND CELCOM.

Aku bercadang nak apdet blog aku ni malam tadi memandangkan dah abih keje rumah dah tapi bila masa aku buka lappy laki aku tu..ok connect to BB celcom aduhai...lambatnya nak connet...begang betulalah..last last aku switch off je lappy laki aku ni..

Sib baik ari ni ok..dapat gak aku adpet apa2 yang patut..kepada sesapa org yang keje celcom tu yang terbaca blog aku ni (ada ke org nak baca blog ni...heheheheh)tolonglah wat sesautu..bkn setakat BB celcom susah nak dapat,line tepon susah jugak wooooo..kalaua aku nak call mak aku kat KL tu,kena keluor rumah baru blh dapat n clear kalau tak putus2 atau tak dapat cakap langsung...

Abang Dapat No 1................

Dua hari lepas ari dapat berita yang menggembirakan lah jugak...Anak sulung aku yang aku panggil "abang" call aku,dia citer dia dapat no 1,alhamdulillah...siap mintak boots bola pulak.. mahal ooooo...kalau boots bola tu...tahun lepas dah beli tapi tu beli yang murah..dah rosak ..ni terpaksalah beli yang mahal pulak...

Aku di beritahu yang dia pun dah naik kelas tingkatan 2 A..amin....dari kelas 1 D ke 2A...tapi tulah dah kena pindah..tapi aku cakap jugak yang dia kena belajar bersungguh2 kalau dah nak kelas ni....Tahniah buat anak ku........

sALam AiDiL adHA

Salam Aidil Adha...Aku kat JB je sambut raya...huhuhu sedihnya..anak2 aku kat kl dan sorang di kampung. Aku,hubby n awish je raya kat JB...

Nak tahu apa aku masak..kihkihkih..jangan gelak ye..memandangkan aku tak de cuti n baru pindah JB ni,so paham2 jelah byk yang tak complete kat dapur aku tu..heheheh... Aku cuma masak..jeng jeng jeng..udang masak lemak,sayur campur,ikan goreng,temper sambar campur ikan bilis serta nasi putih...

Sedap tuuuuu....Ni lah menu hari raya aku....lain dari yang lainnnnnnn....Insyaallah esok akan aku balik KL nak ambik 4 lagi ank aku kat kl ni. Insyaalah..kami berlapan akan berkumpul semula akhirnya................

Monday, November 15, 2010

untuk kekawan...

Untuk makluman kekawan ku...aku kat tjj ni tension bkn keran keje tapi environment kat sini..amat jauh sekali beza dgn kat san tu..nampak ok tapi bab keje masih berkira



bila ckp nak gi solat terus tgk jam,manalah tahu aku ni mengular...heeheeee..tapi cam tak logik pulak ,cam nelah nak mengulor..branch pun sekangkang kera...p mai p mai tang tu gakkkk...

Sunday, November 14, 2010

TeRiNgAT KiSah SiLAM

Sejak aku dok kat JB ni,aku seing dibayanagi dengan kisah silam aku keje. Maklumlah dok kat sini,aku rasa tak best...tu yg asyik dok ingat kisah lampau aku..huhuhu..

Jangan salah anggap bukannya aksi terlampau tapi kisah aku keje di jinjang.tjj hp dan menara..

aku membandingkan pindah randah keje ni..hehehe...dulu masa aku kat jinjang dan transfer ke tjj hp,aku kena buat keje baru yang tak terpernah aku buat..aku tak lak rasa tension,pas tu dari tjjhp aku ke menara keje dgn judy yg memang committed dgn keje,siap ada target,pun keje baru aku tak jugak rasa tension..

pas tu masuk echannel...mula2 buat balancing..memang teruk kena hentam dgn finding audit..aku masih rasa tak tension..pas tu aku ditugaskan buat bills payment n ESA,aku tmasih ak rasa tension walaupun ianya masih baru kat dept aku,aku kena carik sendiri report2 yg perlu untuk bills pymt n esa....

tapi sejak aku ke sini,lain benar environment kat sini "kurang mesra alam"..tu yang membuatkan aku rasa tension,boring setiap kali aku nk gi keje...

untuk kekawan aku kat echannel,doakan kat aku ye..semoga aku lama keje kat sini...huhuhu :-( RINDU SANGAT KAT SEMUA DI SANA

KeJe KaT TmN JoHoR JaYa

First day aku kat taman johor jaya..suasana lain sangat....bkn aku tak biasa dok branch cuma kali ni aku rasa amat berbeza..mungkin faktor umur kot..hehehe..maklimlah dah nak masuk umur ke angka 4 ni,aku ken dok kat customer service..jadi pegawai khidmat pelanggan..kena attend pelbagai kerenah pelanggan..huhuhu..kena marah dgn pelanggan..

Tiap pagi aku nak gi keje rasa tension je...Aku dah lah tak biasa lagi dgn sistem BDS tu.terketar2 nak key in kalau ada org bukak akaun..huhuhu..sedihnya..pas tu setiap counter ada masa waiting and serving time..kena kat aku sure masa serving tu lama maklumlah masih terkial2 dgn sistem tu....

Dulu masa kat echannel aku jd cikgu..hehehe..sekarang ni aku jadi murid lakssss...tensionnya jd murid ....waktu lunch pulak,aku tak lunch dgn dia org..aku gi lunch dgn kawan2 lama kat HP tu..nasib baik gak aku ada geng lama kalau tak tak tahulah cam ne nasib aku kat sini...

Aku pun dah cakap dgn hubby aku, entah sampai bila aku dapat tahan dok kat sini....

AdUhAi PassWord Lupa daaa...........

Salam semua...

Dah lama aku tak update blog ni sejak aku pindah ke Jb. Tetiba ari ni agak free,walaupun hubby aku soh tutup lappy dia ni aku tetap teruskan untuk apdate sikit blog aku ni..

Tetiba lupa laks password masuk 3 kali baru betul..huhuhu..ni baru dalam 2 minggu taK APDET..KALAU SETAHUN ALAMATNYA CAM ARI TU GAK....

Kepada kekwan kat echannel tu,rindu betul aku kat kau orang semua..Alamak hubby aku dah,chow dulu..bila hujan reda n tak de kilat mahupun guruh aku apdet lagi ye..

Akan ku cerita segala aktivitiku kat sini..Bye...

Friday, October 29, 2010

LaSt DaY KaT E-ChANnEL

Ari ni aku last day kat sini.Huhuhu...sedeynya rasa nak tinggalkan department ni..Tak tahu cam ne pulak nasib aku kat tempat baru..

Perkara yang aku pasti aku tak boleh buat adalah apdet blog..sure busy punya aku kat tempat baru..huhuhuhuhu...nangis ni.. :-(

Tuesday, October 26, 2010

PiNdAh RuMaH....

Aku dapat confirmation dari hubby aku yang aku jugak akan pindah rumah. Maknanya dari Taman Daya aku akan pindah ke Taman Setia Indah. Hari Sabtu ni apa2 barang kat rumah aku di Taman Daya akan berpindah ke Taman Setia Indah.

Barang-barang tak lah banyak sangat pun..Dapur kecik 2 tunku,TV,set sofa,meja kecik..Tu yang aku ingatlah..

Rumah yang nak dok ni ada bilik 5 + 1.Bermaksud 5 bilik BESAR, 1 bilik kecik blh muat satu katil single. Car park pulak boleh muat 4 keta (kalau diletakkan sengget),2 1/2buah keta (kalau letak straight)..hehehe ada ke 2 1/2 keta tu...????

Hubby aku lum basuh lagi rumah tu..Tu tunggu aku lah tu bab basuh mebasuh ni..ish ish ish..aku jugak yang kena buat...

dAh NaK DeKaT...

Minggu ni adalah minggu terakhir aku berada di department EChannel. Start 01 Nov 2010,aku akan mulakan keje kat tempat baru di Johor Jaya..

Sedih pulak rasanya...huhuhuhu :(

Entah macam karakter staff and bos kat sana. Bagi aku sepanjang aku berada di sini,seronok sangat. Baik staff mahupun bos E -Channel,semuanya sporting,team work danmeriahlah kat department ni..

Aku akan merindui suasana ini..................

Thursday, October 21, 2010

MC lagiiiiiiii.......

Nak cerita sikit ni pasal kenangan yang tak dapat aku lupakan sempena birthday aku ni. Gini ceritanya..malam tadi aku tak dapat tidur lena..bkn kerana cirit birit tapi kerana aku mengalami sakit perut yang melampau. Sakit gilerrrrrr........serba salah aku dibuatnya.terlentang salah,baring salah,mengiring salah semuanya salah..berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Bila dipikir balik,aku tak makan macam2 pun maklumlah sebelum tu aku kena cirit birit tapi kenapa aku sakit perut macam ni???WHYYYY???????? Dek kerana tak tahan sakit dalam pukul 3am aku bangun makan ubat angin.Ingatkan perut aku ok pas mkn ubat rupanya masih macam tu gak memulas2..nak nagis ada.Nasib baik anak aku arissa tak meragam.

Terasa nak kentut tapi tak kentut,terasa nak membuang tak membuang pun. Mula2 nak tunggu samapi pagi nak pegi semula PUSRAWi,klinik yang aku pegi masa cirit birit tu tapi kerana aku dah tak tahan.AKu terus siapkan diri aku untuk ke klinik. Memandangkan hubby aku tak de so aku kejutkan ayah aku dalam pukul 4:40am.Tunggu pulak ayah aku bersiap,lebih kurang pukul 4:50am aku sampai ke Klinik Kotaraya 24 jam kat Taman Melawati.

Memang tak de orang tak lambat betul aku nak jumpa doktor ni,dah tak tahan sakitnya samapai aku terbongkok2..huhuhuhu..Akhirnya aku jumpa doktor Dr Abdul Rahman.Dia check perut aku,katanya banyak sangat angin so aku cakap dgn doktor tu yang aku kena cirit birit so klinik PUSRAWI tu bagi aku 2 ubat,Aku tunjukkan ubat2 tu. PAs tu dokto tu kata badan aku tak tahan dgn satu ubat cirit birit tu. So dia soh stop ubat tu.Katanya aku kena inject ni..

Alamakkk!!!! Dah lama tak kena injection,kat punggung pulak tu. Nurse ada masa doktok bagi injection. Nasib baik tak sakit,takut gak sebenarnya. Dr bagi aku sehari MC..Aku balik rumah terus tidur penat tapi kesakitan kat perut aku masih ada cuma taklah seperti sebelumnya..

HaPPy BiRtHdAy tO mE

Baru aku ada kesempatan untuk apdet blog ni.Bkn apa sakit perutku ini belumpulih lagi.Asyik terbaring je aku kat hall atau bilik. Biasalah bila dah baring sure tidur punya..ish ish ish asyik tidur je aku ni...

Ari ni birthday aku yang ke 39 tahun. Terima kasih kepada kawan2 shahida,hani ,kak jem,abg kama,fiza HP,ita,pah (sherry),mas,serta cousin aku aida yang sms kat aku. Adik Ipar aku,Ila pun sms kat aku gak. Tidak ketinggalan,adik aku Amy yang paling akhir sms kat aku. Tak lupa kekawan kat FB yang mengucapkan Hepi Birthday kat aku..huhuhuhu..cukup terharu.. Thank you to all..cakap omputih pulak aku ni..

Yang beza birthday aku tahun ni,aku sakit perut yang melampau...huhuhuhu....

Wednesday, October 20, 2010

HaPpY BiRtHdAy WiShES

Pagi tadi lebih kurang pukul 9 lebih am,aku dapat sms dari ngah (kakak ipar) aku. Nak tahu apa isi kandungan sms tu????? Ucapan birthday untuk aku...Aikkk????????Rasanya ari ni bukan birthday aku lagi...kekekeke..

Birthday aku esok daaaa...may b angah nak jadi org pertama wish kat aku so dia hantar sms. Ake reply sms angah tu "Terima kasih tapi birthday saya esok lah..hihihi". Angah jawab balik " ye ke..ingatkan ari ni,wish awal pun tak pe,tak salahkan"

Aku ok je ,wish awal ke,wish lambat ke yang penting ada orang masih ingat birthday aku...Tenkiu Angah...

CiRiT BiRiT @ DiArRhEa

Cirit birit atau bahasa omputih diarrhea @ diarrhoea adalah satu penyakit yang menyebabkan badan kita mengeluarkan cecair dari dubur sebanyak 3 hingga lebih dari 5 kali dalam sehari. Ianya juga merupakan satu punya kematian untuk negara membangun serta bayi. Kehilangan cecair dalam badan akan meyebabkan badan kita mengalami kekurangan air atau dehydration yang tidak seimbang. Oral dehydration "ubat cecair seperti eno perasa oren" serta ubat tablet zinc merupakan penawar cirit birit.

Bermula pukul 1 pagi hingga hampir 9:30 am ,aku mengalami cirit birit yang melampau.Entah apa yang aku makan semalam sehingga menyebabkan aku kena cirit birit.Aku tidak boleh tidur.Ngantuk gileeeeeeeer aku......

Ish,ish,ish nasib baik aku dapat MC dari klinik PUSRAWI.Ni pun masih tak dapat tidur lagi.Doktor cuma bagi aku ubat angin dan ubat cirit birit.Ubat macam eno tu aku tak dapat pun.Doktor kata perut aku ada banyak angin.Patut pun malam tadi aku asyik kentot je,busuk pulak tu.kikikiki

Aku pikir apa yang aku makan semalam.Tengahari aku makan ikan bakar kat belakang Wisma HLA,petang pulak mengunyah kacang dan kek kukus,malam pulak makan udang masak lemak dengan nangka dan ikan goreng di cicah kicap dengan cili.Alamakkkkkk!!!!!!Banyaknya aku mkn semalam. Huhuhuhuhu...patut pun macam-macam ada dalam perut aku,tu pasai kot kena cirit birit...Sekarang ni perut aku dah kosong.Nak makan pun tak selera.

Mmmmmmm....kuruslah aku hari ini. Hehehehe.....

Friday, October 15, 2010

AkU dAn TuPpErWaRe

Ni lah dia diri ku yg comel..(comel ke aku ni...hehhehe).Gambar ni diambik masa open house di ofis pada 04/10/2010 kat kamera handphone ofismate aku,Ayu. Kekawan ofis tegur warna baju aku sama dgn warna tupperware biru kehijauan.

So apalagi posing time...Cantik jugak aku ni..tu lah cuma kureng sesuai aku pakai tudung coklat tu. nampak cam gelap je muka aku.Sebenarnya aku putih comel..perasan lagi ni..hahhahaha

Ish,ish,ish,tak abih2 puji diri aku ni,tapi tu lah kalau kita tak puji diri sendiri sapa lagi nak puji kita kannnn???

Monday, October 11, 2010

BiRtHdAy Ma N Mc Da

Ari ni birthday ma n sepupu aku Aida atau lebih mesra aku panggil Mc Da.Tapi aku tak tahu nak bagi apa kat ma n mc da ni. Terpk nak beli kain untuk buat baju tapi rasanya dah selalu je bagi kain. Nak beli apa ni????

Tak idea oooo..apa nak beli ni..Celebration untuk ma ari sabtu ni cuma ni pun satu hal lagi nak makan apa pulak??? Huh!!!Pening kepala. Nak beli satay rase baru je makan satay ari sabtu lepas,bakar sendiri,so sure dah muak nak makan sate lagi ni. Nak beli pizza pulak ma tak makan..ish,ish,ish..begong ni. 2 perkara yang masih dalam perancangan..

Tolonnnnnnggggggg boleh bagi idea tak....huhuhuhuhu

Sunday, October 10, 2010

10-10-10..........

101010...aku tak nak lepaskan peluang untuk apdet entry ari ni...bukan senang nak dapat tarikh ni oooooo..Memandangkan Arissa dah tidur,so aku cepat-cepat apdet entry untuk ari ni.

Kat kawasan perumahan aku ni,banyak majlis perkahwinan dijalankan,kononnya nak ambik berkat tarikh 10-10-10,tapi aku tak dijemput cuma mak and ayah aku je,kalau jemput aku pun susah aku nak gi maklumlah suami aku kat JB n ramai "handbag"nak bawak kang aku jugak tak makan.hahahhaha.....

Walaupun bulan Syawal dah berakhir Jumaat lepas (08/10/2010) tapi masih ramai buat open house.Ish,ish,ish..tak abis-abis makan,makan,makan,makan.....

Ari ni jugak hari nikah angkasawan negara Dr SMS n Dr Halina,ada siaran langsung persandingan dia kat TV3 tu....Jumaat lepas pun kecoh kat opis aku pasal Dr SMS ni.Maklumlah dia pun ambik tarikh 101010 untuk kawin. Kawan aku Sue pulak ckp ari ni dia nak nangis..Kenapa pulak nak nangiskan???? Nak tahu????Sebab Dr SMS nak kawin..Sue peminat dia, tu yg Sue sedih tu...Jangan sedih Sue..Kan kat rumah tu ada "Dr" N...heheheh "Dr" Nasa, suami dialah...kihkihkih.........

Friday, October 08, 2010

iPiN....iPiN.....ApaLaH Nk JaDi....

Masih ingat tak dengan nama Ipin....tapi bukan Upin & Ipin tau. Yang tu kartun animasi yang sangat popular di seantario nusantaraa. Yang aku nak cerita ni pasal Ipin kat ofis aku.

Ni lah wajah Ipin yang aku maksudkan..Tu haaa,ingat tak entry aku pada 01/10/2010 pasal comforter.Ipin yang jual comforter Mickey Mouse tu..Alahai Ipin..baju rene ijau gak kau pakai ye...ish..ish..ish.. Dah lah jual comforter ijau kat kat aku,baju ijau gak kau pakai masa dinner treasure hunt ari tu...Kau suka rene ijau ke Ipin??????

Terima kasihlah kat Ayu kerana bagi idea soh ambik gambar Ipin ni kat webmaster..Kalu tak susah gak nak ambik gambar Ipin ni..Busyyyylah katakan...

Thursday, October 07, 2010

SeISi kEmAs MeNgEmAs......

Ari ni masuk ari kedua aku mengemas sikit demi sikit barang-barang aku.Huhuhuhu....sedihnya rase nak tinggalkan tempat aku yang terperok kat belakang ni.

Lagi sedih bila kawan aku ni dok chop tempat aku ni...ish..ish..ish..tuan punya tempat blm blah lagi dari sini,hang pa dah chop nak dok kat tempat aku nooooo...ciannya aku.

Walaupun tarikh masih dalam kontroversi namun aku tetap teruskan untuk mengemas barang-barang personal aku kat ofis ni.

Wednesday, October 06, 2010

BiLa NaK BeRBuAh Ni..................

Mesti korang ingatkan tajuk aku tu ada kena mengena dengan buah...Oppsss..salah tu langsung tak de kena mengena langsung pun dengan buah atau pokok buah-buahan baik yang hidup atau yang telah mati..kihkihkih..

Ni pasal persatuan kat ofis aku.Aku ahli kuat persatuan tu tau. Persatuan yg memperjuangkan hak ahli2 untuk gaji daaa....sapa tak nak gaji lebih oooooo...

Ni lah haa..gambar presiden aku tu..Tuan Presiden ooiiiii...bila lah nak abih kes kita ni..den dah tak larat dah nak nunggu bila nak dapat "durian runtuh" ni...huhuhu

Ish.ish.ish..Tuan Presiden,makan kenyang-kenyang tau pas tu p wat keje noooo.....

p/s: terima kasih le kat cameraman-Shaik. aku CP dari computer dia..hikhikhik

Tuesday, October 05, 2010

Lagi Gambar Open House Raya...

Mula-mula nak perkenalkan dulu rupa bos aku.Haaa..ni dia boss aku Pn Nik Rosnani , a very humble person.Kami panggil dia Kak Nik..orangnye kecik molek, soft spoken.orang kelate lah katakan...

Ni buah-buahan segar serta kastard buah..Yummy!Yummy...

Ni pulak cream puff bercoklat kat atas..pun sedapppppppp....

Yang ni pulak delicious muffin..lagi sodapppp..beli kat wangsa walk..

Tu dia sebahagian daripada dessert..sedap tuuu..........tima kacih boss bawak semua dessert ni..macam tau-tau je citarasa staff.
Makanan berat pulak..ada macaroni goreng udang,bihun briyani (ada ayam tuuu..),lemang,rendang ayam,rendang hijau paru,potato.ayam bakar..ish.ish.ish..semuanya aku mkn..tapi dgn kuantiti yang sikit lah..
Ni pulak bahagian sup tulang..sedap jugak..ramai yang serbu kat sini dulu..bukan apa takut abih,kang kempunan pulak...Terima Kasih kat Azman sebab bawak sup ni..lain kali boleh bawak lagi yeee :p
Memandangkan kami semua tak sarapan pagi lagi,apa lagi kat bahagian makanan berat di serbu dulu...laparrrrr...makan time.....dan akhir sekali main menu yang ditunggu-tunggu........

Mereka yang "pot duit" belanja satay 400 cucuk (300ayam,100 daging)...aku makan 7 cucuk jeee..kihkihkih..Akhirnya kesemua makan langsai abih licin..alhamdulillah..So tutuplah acara open house..Burpppppp.........

Monday, October 04, 2010

OPEN HOUSE KAT OFIS


Ni lah gambar staff kat ofis yg aku keje. Tempat keje yg byk meninggalkan kenangan suka duka.
Haaaa..ni gambar tgh baca doa selamat serta doa makan. Yg sedang baca doa tu adalah Zaimi..selalunya waktu wat makan-makan,dia yang menjadi "ustaz" untuk baca apa2 doa... Wah!!Masing2 tak boleh sabo nak makan maklumlah belum lagi breakfast tu yg tak tahan..

Bila di amati gambar2 raya cam kurang je gambar aku..huhuhu...ciannya aku.Maklumlah aku dah nak blah dari situ tak de gambor aku...belum apa2 korang dah lupakan aku yeee....

Sedih ke Suka Ni.....???

Entahlah..aku pun tak tahu perasaan aku ketika ni..sedih ke suka???Huhuhu:( Apa yang aku nak selama ni dah dapat,alhamdulillah cuma aku tertanya-tanya aku ni sedih ke suka..

Kalau nak ckp sedih memang rasa sedih coz aku kena tinggalkan mak n ayah aku...Kesian mak n ayah aku tu.Tinggallah mereka berdua kat rumah tu. Pas tu kekawan aku kat sini yg sememangnya sporting pun aku kena tinggalkan mereka jugak tapi dalam masa yang sama aku memang rasa suka sebab aku akan bersama-sama dengan suami ku jugak.

Aku pun turut jd begong nak pilih date nak kesana. Ya Allah..kuatkan semangat aku ni...

Dah 17 tahun..

Hari sudah cukup 17 tahun aku keje kat sini.Lama tu... Walaupun gaji aku tak seberapa tapi alhamdulillah aku cukup seronok keje dgn sini. Dari aku anak dara sampailah dah ada 6 anak.

Macam2 kerenah manusia aku jumpa kat sini. Betul2 menyerokokkan mengenal sikap dan sifat setiap individu. Aku bknnya nak memuji diri ku ini cuma segala yg aku tempohi selama aku keje kat sini dijadikan pengajaran. Pengalaman yang sungguh indah...

Friday, October 01, 2010

AriSSa oOOoooo ArISSa.......Ica..Ica

Haaaa..tuan puan sekelian..ni dia anak dara ku..Arissa Nabila Musa..umur dah nak masuk 7 bulan pada 09 Oct ni..hihihi...Sememangnya aku memang ada anak yg ramai,kekekeke..tapi dgn Ica ni je yang memoningkan kepala aku ni..Suka menangis je..kememeh..anak bongsu lah katakan..ye ke bongsu????hehehheeh

Hubby aku pun surrender nak jaga dia..balik je dari rumah bbsitter,perkara pertama yang akan dia buat melalak..huhuhuhu...dah bagi makan..diam jap...aminnnn..Pas tu bila jam menunjukkan pukul 6:30pm ke atas,sambung melalak lagi..pening mak aku n hubby aku nak jaga dia. Aku rasa bg Ica,bila dia balik umah ,umi mesti ada bg susu kat dia..tu yg dia melalak masuk time tu..

Mak aku dah buatkan susu botol pun,dia tak nak hisap susu tu..Ciannyee mak ku..penat buatkan susu,Ica tak nak minum pulak.. Ica tu kalau menangis,aku kat luar pagar rumah pun dah boleh dengar...huhuhuhu...Sedih aku dengar..

Yang menarik tentang Ica pulak,dia suka menonggeng dan duduk tak betul.Cuba tgk gambar tu,pelik kan dia duduk...hehheheeh..

Ica oh ica..cepatlah besar dan cepatlah jalan...Nak oiiii..

Comforter Set Baru..MiCkEy MoUSe tuuuuuuu......

Sebelum kuar lunch tadi,Ipin ada dtg wat promo sikit kat sini. Dia bawak 1 comforter set Queen,1 comforter set single and 1 bedsheet single. Mula2 tu aku agak confius gak le,kekawan ofis ckp comforter set (Q) tu dgn nama double....apasal lak double..Confius!Confius!..

Sue ambik yg Queen size, Ayu amik yg single size tapi yg bedsheet single tu tak laku. Aku jd mak pacak je kat situ,saje sibukkan diri try sentuh bedsheet yg single tu. Lembut nyeeeee tapi aku bukannya beli pun..pas tu Ipin kata ada lagi satu Queen size macam Sue tu. Memandangkan aku sememangnya confius dgn double so aku tanya ipin.Ipin kata double tu adalah Queen..So apa lagi dari aku terus booking le dgn Ipin takut org lain amik pulak.

Ipin kata best buy,sebelum raya dijual RM80-00 tapi kini di jual murah...Sue cakap memang murah cz dia survey kat Wangsa Walk,comforter sahaja tak tebal mcm ipin jual ni,regenya RM100++...

Yang menariknyeeee comforter tu rene IJAU...ijau lagi tuuu .Semalam beli tupperware rene ijau,ari ni pulak beli comforter set rene ijau gak...tahulah rene ijau tu paveret warna hubby aku..tapi tak kan aku pun nak suka kaler tu gakk????


Ni dia comforter set tu..cantik weeiiiii....ptg nanti nak bawak balik umah,basuk cadar tu pas tu leh pakai kat dalam bilik aku..kuikuikui..sure anak2 aku hot.. umi guna cadar mickey mouse...Jangan marah ye anak2 semua..sekali kali bglah umi jadi budak kecik gak...hehehhee

BLOG AKU SUKA BACA...

Untuk makluman semua,sebelum aku serious buat blog aku ni,aku suka sangat 3 blog ni hari-hari. Semuanya di introduce oleh kawan aku Hani..Dia ni memang pembaca setia blog..banyak blog yang dia baca setiap hari. Tapi aku cuma ikut 3 blog ni :-

1)Blog Ana Suzana - Mula2 baca blog dia sebab suka tgk rumah dia yg cantik..Pas tu terus ikuti aktiviti harian dia. Dia jadikan blog ni sebagai diari,segala kerenah anak2 atau aktiviti harian dia di paparkan dibolg ni..Ramai peminat ana ni tau..

2)Blog Kadi Kluang - Mula2 baca sebab hani dok cerita pasal novel bersambung "Man Buger" (sehingga hari ni baru episod 45)hasil nukilan kadi kluang tu sendiri mungkin jugak kisah benar .Kalau dia tak sambung pasal novel dia,dia masih bercerita kisah benar hal rumahtangga untuk pengajaran.

3)Blog MazidulAkmal Sidek - Baca blog ni cz ada yang tak di update disuratkhabar tapi diupdate di blog mazidul ni such as gambar2.Banyak kisah benar dalam ni..

kartun zaman aku...

Untuk menceriakan hati ku yg sodih ini..aku nak citer pasal kartun zaman aku kecik2 dulu..masa tu tahun 80an..aku masih kat sekolah rendah lagi...

Kalau aku tanya ingat tak kartun ni.....
Waktu zaman aku sekolah dulu kartun ni memang famos lah...Aku pun suka tengok kartun zaman batu ni..memang betul2 keluarga bahagia..Masa tu siap leh ingat nama setiap karekter kartun tu..tapi sekarang hampeh dah lupa almaklumlah usia dah meningkat..Kalaulah dapat diulang tayang kartun ni..bestkan...
Nak wat cam ne zaman sekarang ni zaman kartun Jepun seperti Fukuchan,Sinchan,Hagemaru dan entah apa lagi.Aku tak ingat lagi..
Zaman akan datang,entah apa lagi jenis kartun yg cucu,cicit aku akan tengok....

FrUsTNyeeee......

Aku sebenarnya tengah frust sesangat ni...Korang nak tahu kenapa yek?? Cam ne nak ckp haa??? Aku sebenarnya sedang menunggu satu "benda" berharga sangat. Janji dapat b4 ari merdeka,pas tu tak dapat. Tunda pulak b4 raya..pong tak dapat.Tunda lagi akhir bulan 9...Sedihnyaaa masih tak dapat..Ni dengarnya bulan 10...Bulan 10???Hari ni dah bulan 10...

Tu yang jadi frust sangat...hanya DIA yang tahu sebab musabab kenapa "benda" tu masih tak dapat2. Nantilah kekawan,kalau aku dapat "benda" tu akan ku tunjuk dalam blog ni..tapi kalau bkn rezeki aku..maaplah yee..biarlah ianya menjadi rahsia antara aku n hubby..

Thursday, September 30, 2010

TuPPerWare dan Model...


Jeng Jeng Jeng..ni dia tupperware yg aku beli tadi...

Korang nampak tak??? Tu yg rene ijau tu...Kecik kan..yg pegang tu benda alah tu model tupperware..Kelas gitu pakai baju ijau gak...kihkihkih...

Kalau suka tupperware tu gi lah kat kiosk tupperware tapi klu suka model tu,tak dapek nak nolong ,kena tanya Jas...

p/s:-Jas..sila jawab...hehehhe


TUppERware oh TuPPerWare......

Ni nak citer sikit ni...td aku baru je beli tupperware..Bekas Tapis Macam2 RM9-90 rene ijau...Haaa tu dia rene ijau lagi so aku tulis ni pun kenalah rena ijau gak,nak miss lah katakan,kihkihkih

Citernya begini tgh lunch kat ofis,dtg lah kawan aku fiza buat promo tupperware kat Hani ni..memandangkan aku ni dok kat sebelah je dgn hani,aku tgk le benda alah tu..kecik..so hani xplain le kegunaanya pada sabarina-kwn ofis aku gak le..aku rasa sepatutnya fiza le yg xplain tapi ni lain pulak org yg beli tu xplain..hihihi..baguslah tu hani,selamat fiza,tak bazir air liur fiza nak xplain.

Memandangkan cara hani tu explain baguih kottt..so mas pun beli dan aku pun turut hanyut gak beli tupperware tu..kekekek...dah lah duit tinggai ciput beli pulak benda tu..poning2..

Kepada Hani-akak raselah lebih baik jadi jurujual tupperware sure cepat abih punye tupperware tu..Kepada fiza (kalau baca blog ni)-rasa-rasa nak cari org buat part time explain product tupperware tu,p cari Kak Hani..100% baguih dia xplain...

Cerita Ku Bermula..(last chapter)

Tolongggggg kekwn..korang perasan tak tarikh kat blog aku ni..semalam punye tarikh..cam ne nak tukar ni...??????

Ayoyoo aku dah lah buta IT,nak godek bende alah blog ni tak tau..huhuhu...

Nanti korang tolong aku,aku belanja ari senin 04/10/2010..byk makanan ada ari tu nanti..kihkihkih...

30/09/2010- terpaksalah letak date ni..ni time n masa aku tulih blog ni.. Ari ni ujan lebat sangat..sampai lrt putra setiawangsa pun dah lambat..sib baik tren tak wat problem,org pun tak ramai..senang je satu tren 2 koc dtg aku dapat masuk.Alhamdulillah..

Dlm tren pelbagai kerenah aku boleh tgk..tapi dalam kepala otak aku ni aku masih pk apa nak tulis dalam blog aku ni. Mcm biasa sampai klcc,aku kuar..nak p ofis aku kat jln raja chulan..jln kaki tu dari klcc ke raja chulan..tapi tulah tak kurus2 gak...kihkihkih..

Alamak tetiba perut aku memulas..aduhai apasal lak perut ni wat hal dah lah aku kat tepi jalan nak melintas depan wisma UOA lak..trafic light lak mcm lama..ku kempiskan perut ku yg "ramping" ni..

Nampak je lampu "org" tu rene ijau,cepat2 aku jln masuk ke wisma UOA..aduhai tak org untuk aku tanya dan tak lak signboard tandas. Keluar cepat teruskan perjalanan ke ofis..mcm boleh tahan lagi ni..kikikii..

Kena lintas jalan lagi ke wisma Cosway.Kali ni tak de lampu isyarat,sediri mau ingat le masa melintas tu..nasib aku baik..kurang keta..mayb ujan so kenderaan kurang kott(aku agak lee)..

Masuk je wisma cosway..aku nampak pompuan indon sedang menyapu..so apa lagi tanya le dia..

Aku : Nak tanya sikitblh?Toilet kat mana?

Pompuan tu : Kakak pegi terus belok kanan

Aku : Terima Kasih ye..

Nasib baik je pompuan indon tu tahu bila aku sebut "toilet"..kalau tak abih la aku..

"Misi" selesai..pas tu terus jln kaki ...selamat sampai ofis



Cerita Ku Bermula (chapter 2)

I'm backkkkk....ni nak citer lagi ni...

balik umah je,cam biasalah masih kena basuh kain..huhuhu :( .....cian kan kat aku. soh anak pompuan aku yg umur 9 tahun basuh baju pun tak leh wat..padahal bknnya dia kena basuh dgn tgn..masuk mesin je..ada je alasan dia..nak tak nak umi mithali ni lah yg kena wat keje ..hubby aku???dia dah balik JB..keje leeee...

Dah siap basuh 1 st trip punye (basuh baju ni ada 2 trip maklumlah anak ramai..kikiki),kena lah p sidai kat porch tu..Wah!!! Aku berangan2 le apa nak tulih kat dalam blog aku tu..Siap sidai kain..tup tup tup sikecik aku Arissa Nabila tu melalak pulak..aduhai bikin spoil mood aku nak mengarang ni..Umi ni dah byk nak tulih,ica melalak pulak...

Tak pe lah ica..kerana ica umi tangguhkan niat mengarang umi tu.. (bersambung lagi daaa)

Cerita Ku Bermula....(chapter 1)

Haaaa.....sekarang aku dah mula nak jadi panglipur lara...Wahai penduduk sekelian alam..dengarlah citer aku ni..kihkihkih..

Alkisahnya..tanggal 29/09/2010,sibuk le kakawan kat opis ni dok apdate blog mereka,so tersentuhlah hati aku nak tgk blog aku yg dah lama tak apdate..google lah nama blog aku..HAAAAAHHH..tak de..impossible..cam ne blh jadi cam ni..Aku google Musha family dapat nye Mushi Family..kekekekke...

Kawan aku mas tolong google gak blog aku tu..pun hampehhh tak de gak..

Frust..frust..frust..so tak nak hampakan aku pun ckp dgn member aku tu.aku nak buat blog baru lah..

So spt biasa kenalah isi maklumat..dah 100% isi..tetiba kuar lak message..email aku dah ada so apa lagi aku pun begong..password dulu mmg tak hingattt..aku pong terpaksalah ikut arahan..soh tuko password..hambik ko...

YAAAAAAHOOOO..YA BE DA BEDOOOOO..Akhirnya aku dapat kembali blog lama yang dah terbengkalai tu...

Tima kacih pada Mas n Hani kerana bekerja keras mencari blog aku dan memberi tunjuk ajar untuk design blog aku ni..maklumlah aku ni buta IT..hehehe..

B4 balik keje..depa berdua dah ckp kat aku,soh aku cari idea nak tulih dalam blog aku ni maklumlah dah lama tarak citer so dah 2 tahun ni sure byk citer nak dikongsi..

Oklah frenz....jangan bimbang bayak citer lagi yang aku citer kat sini..cuma aku takut korang lak boring nak baca citer aku ni..kikikiki... (bersambung)

gAmbAR Aku N fAmiLY....

Cam ne ni haaa..aku tak de gambar nk lekat kat blog aku ni..sume gambar kat dalam lappy hubby aku...aduhai..nak soh dia email kang mengamuk lak kat aku..dia mana tahu aku ada blog ni..hahhaha..kalu aku ckp kat dia aku ada blog sure punye dia kata tak keje ke????

Nak wat cam ne ayh..umi ni memang lagu ni..org wat log umi nak wat blog,org ada Fb umi pong nak ada FB gak..tak leh kalah...kekekeke...

Aku kena cari idea gak cam ne nak mintak gambor tu dgn hubby aku..mintak2 dia tak marah le kat aku..korang doakan yee...

Pening..pEniNg..FeNiN..

Apa aku nak tulis ni...Dah lama gilerrrrrr tak apdate blog ni..cuba korang tgk date yg last tu....Disember 2008 tuuuuuuuuu...hahahahha dah nak masuk 2 tahun ni..

Byk ni nk tulis kat sini..Ok mula-mula sekali aku citer pasal salah silah nama blog aku ni..Ianya kombinasi nama hubby dan aku (Musa & Shakirah =Musha)..Nama ni panggilan semasa kami belajor kat itm dulu..kekawan yg bagi..lekatlah sampai sekarang ni..Apa2 je "musha"...

Masa aku buat blog dulu taun 2008 tu..aku terikut dgm member kat tempat keje aku tu..sibuk depa wat blog so aku pun nak wat gak..tak leh kalah..nak gak sama naik dgn dia org tu..tapi dia org tu ada idea nak tulih aku lak...hehehhe korang tgk lah apa aku tuli..lirik lagu gitu..untuk laki aku.lagu omputih laksss..celine dion "BECAUSE YOU LOVE ME"..Kelakor pulak bila aku tengok semula blog aku ni setelah 2 tahun terbengkalai..mcm projek perumahan...

Kini aku buat COME BACK..hihihi macam artis lak rasanya.. korang tunggulah cerita ceriti pasal aku n family ku...