Friday, October 29, 2010

LaSt DaY KaT E-ChANnEL

Ari ni aku last day kat sini.Huhuhu...sedeynya rasa nak tinggalkan department ni..Tak tahu cam ne pulak nasib aku kat tempat baru..

Perkara yang aku pasti aku tak boleh buat adalah apdet blog..sure busy punya aku kat tempat baru..huhuhuhuhu...nangis ni.. :-(

Tuesday, October 26, 2010

PiNdAh RuMaH....

Aku dapat confirmation dari hubby aku yang aku jugak akan pindah rumah. Maknanya dari Taman Daya aku akan pindah ke Taman Setia Indah. Hari Sabtu ni apa2 barang kat rumah aku di Taman Daya akan berpindah ke Taman Setia Indah.

Barang-barang tak lah banyak sangat pun..Dapur kecik 2 tunku,TV,set sofa,meja kecik..Tu yang aku ingatlah..

Rumah yang nak dok ni ada bilik 5 + 1.Bermaksud 5 bilik BESAR, 1 bilik kecik blh muat satu katil single. Car park pulak boleh muat 4 keta (kalau diletakkan sengget),2 1/2buah keta (kalau letak straight)..hehehe ada ke 2 1/2 keta tu...????

Hubby aku lum basuh lagi rumah tu..Tu tunggu aku lah tu bab basuh mebasuh ni..ish ish ish..aku jugak yang kena buat...

dAh NaK DeKaT...

Minggu ni adalah minggu terakhir aku berada di department EChannel. Start 01 Nov 2010,aku akan mulakan keje kat tempat baru di Johor Jaya..

Sedih pulak rasanya...huhuhuhu :(

Entah macam karakter staff and bos kat sana. Bagi aku sepanjang aku berada di sini,seronok sangat. Baik staff mahupun bos E -Channel,semuanya sporting,team work danmeriahlah kat department ni..

Aku akan merindui suasana ini..................

Thursday, October 21, 2010

MC lagiiiiiiii.......

Nak cerita sikit ni pasal kenangan yang tak dapat aku lupakan sempena birthday aku ni. Gini ceritanya..malam tadi aku tak dapat tidur lena..bkn kerana cirit birit tapi kerana aku mengalami sakit perut yang melampau. Sakit gilerrrrrr........serba salah aku dibuatnya.terlentang salah,baring salah,mengiring salah semuanya salah..berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Bila dipikir balik,aku tak makan macam2 pun maklumlah sebelum tu aku kena cirit birit tapi kenapa aku sakit perut macam ni???WHYYYY???????? Dek kerana tak tahan sakit dalam pukul 3am aku bangun makan ubat angin.Ingatkan perut aku ok pas mkn ubat rupanya masih macam tu gak memulas2..nak nagis ada.Nasib baik anak aku arissa tak meragam.

Terasa nak kentut tapi tak kentut,terasa nak membuang tak membuang pun. Mula2 nak tunggu samapi pagi nak pegi semula PUSRAWi,klinik yang aku pegi masa cirit birit tu tapi kerana aku dah tak tahan.AKu terus siapkan diri aku untuk ke klinik. Memandangkan hubby aku tak de so aku kejutkan ayah aku dalam pukul 4:40am.Tunggu pulak ayah aku bersiap,lebih kurang pukul 4:50am aku sampai ke Klinik Kotaraya 24 jam kat Taman Melawati.

Memang tak de orang tak lambat betul aku nak jumpa doktor ni,dah tak tahan sakitnya samapai aku terbongkok2..huhuhuhu..Akhirnya aku jumpa doktor Dr Abdul Rahman.Dia check perut aku,katanya banyak sangat angin so aku cakap dgn doktor tu yang aku kena cirit birit so klinik PUSRAWI tu bagi aku 2 ubat,Aku tunjukkan ubat2 tu. PAs tu dokto tu kata badan aku tak tahan dgn satu ubat cirit birit tu. So dia soh stop ubat tu.Katanya aku kena inject ni..

Alamakkk!!!! Dah lama tak kena injection,kat punggung pulak tu. Nurse ada masa doktok bagi injection. Nasib baik tak sakit,takut gak sebenarnya. Dr bagi aku sehari MC..Aku balik rumah terus tidur penat tapi kesakitan kat perut aku masih ada cuma taklah seperti sebelumnya..

HaPPy BiRtHdAy tO mE

Baru aku ada kesempatan untuk apdet blog ni.Bkn apa sakit perutku ini belumpulih lagi.Asyik terbaring je aku kat hall atau bilik. Biasalah bila dah baring sure tidur punya..ish ish ish asyik tidur je aku ni...

Ari ni birthday aku yang ke 39 tahun. Terima kasih kepada kawan2 shahida,hani ,kak jem,abg kama,fiza HP,ita,pah (sherry),mas,serta cousin aku aida yang sms kat aku. Adik Ipar aku,Ila pun sms kat aku gak. Tidak ketinggalan,adik aku Amy yang paling akhir sms kat aku. Tak lupa kekawan kat FB yang mengucapkan Hepi Birthday kat aku..huhuhuhu..cukup terharu.. Thank you to all..cakap omputih pulak aku ni..

Yang beza birthday aku tahun ni,aku sakit perut yang melampau...huhuhuhu....

Wednesday, October 20, 2010

HaPpY BiRtHdAy WiShES

Pagi tadi lebih kurang pukul 9 lebih am,aku dapat sms dari ngah (kakak ipar) aku. Nak tahu apa isi kandungan sms tu????? Ucapan birthday untuk aku...Aikkk????????Rasanya ari ni bukan birthday aku lagi...kekekeke..

Birthday aku esok daaaa...may b angah nak jadi org pertama wish kat aku so dia hantar sms. Ake reply sms angah tu "Terima kasih tapi birthday saya esok lah..hihihi". Angah jawab balik " ye ke..ingatkan ari ni,wish awal pun tak pe,tak salahkan"

Aku ok je ,wish awal ke,wish lambat ke yang penting ada orang masih ingat birthday aku...Tenkiu Angah...

CiRiT BiRiT @ DiArRhEa

Cirit birit atau bahasa omputih diarrhea @ diarrhoea adalah satu penyakit yang menyebabkan badan kita mengeluarkan cecair dari dubur sebanyak 3 hingga lebih dari 5 kali dalam sehari. Ianya juga merupakan satu punya kematian untuk negara membangun serta bayi. Kehilangan cecair dalam badan akan meyebabkan badan kita mengalami kekurangan air atau dehydration yang tidak seimbang. Oral dehydration "ubat cecair seperti eno perasa oren" serta ubat tablet zinc merupakan penawar cirit birit.

Bermula pukul 1 pagi hingga hampir 9:30 am ,aku mengalami cirit birit yang melampau.Entah apa yang aku makan semalam sehingga menyebabkan aku kena cirit birit.Aku tidak boleh tidur.Ngantuk gileeeeeeeer aku......

Ish,ish,ish nasib baik aku dapat MC dari klinik PUSRAWI.Ni pun masih tak dapat tidur lagi.Doktor cuma bagi aku ubat angin dan ubat cirit birit.Ubat macam eno tu aku tak dapat pun.Doktor kata perut aku ada banyak angin.Patut pun malam tadi aku asyik kentot je,busuk pulak tu.kikikiki

Aku pikir apa yang aku makan semalam.Tengahari aku makan ikan bakar kat belakang Wisma HLA,petang pulak mengunyah kacang dan kek kukus,malam pulak makan udang masak lemak dengan nangka dan ikan goreng di cicah kicap dengan cili.Alamakkkkkk!!!!!!Banyaknya aku mkn semalam. Huhuhuhuhu...patut pun macam-macam ada dalam perut aku,tu pasai kot kena cirit birit...Sekarang ni perut aku dah kosong.Nak makan pun tak selera.

Mmmmmmm....kuruslah aku hari ini. Hehehehe.....

Friday, October 15, 2010

AkU dAn TuPpErWaRe

Ni lah dia diri ku yg comel..(comel ke aku ni...hehhehe).Gambar ni diambik masa open house di ofis pada 04/10/2010 kat kamera handphone ofismate aku,Ayu. Kekawan ofis tegur warna baju aku sama dgn warna tupperware biru kehijauan.

So apalagi posing time...Cantik jugak aku ni..tu lah cuma kureng sesuai aku pakai tudung coklat tu. nampak cam gelap je muka aku.Sebenarnya aku putih comel..perasan lagi ni..hahhahaha

Ish,ish,ish,tak abih2 puji diri aku ni,tapi tu lah kalau kita tak puji diri sendiri sapa lagi nak puji kita kannnn???

Monday, October 11, 2010

BiRtHdAy Ma N Mc Da

Ari ni birthday ma n sepupu aku Aida atau lebih mesra aku panggil Mc Da.Tapi aku tak tahu nak bagi apa kat ma n mc da ni. Terpk nak beli kain untuk buat baju tapi rasanya dah selalu je bagi kain. Nak beli apa ni????

Tak idea oooo..apa nak beli ni..Celebration untuk ma ari sabtu ni cuma ni pun satu hal lagi nak makan apa pulak??? Huh!!!Pening kepala. Nak beli satay rase baru je makan satay ari sabtu lepas,bakar sendiri,so sure dah muak nak makan sate lagi ni. Nak beli pizza pulak ma tak makan..ish,ish,ish..begong ni. 2 perkara yang masih dalam perancangan..

Tolonnnnnnggggggg boleh bagi idea tak....huhuhuhuhu

Sunday, October 10, 2010

10-10-10..........

101010...aku tak nak lepaskan peluang untuk apdet entry ari ni...bukan senang nak dapat tarikh ni oooooo..Memandangkan Arissa dah tidur,so aku cepat-cepat apdet entry untuk ari ni.

Kat kawasan perumahan aku ni,banyak majlis perkahwinan dijalankan,kononnya nak ambik berkat tarikh 10-10-10,tapi aku tak dijemput cuma mak and ayah aku je,kalau jemput aku pun susah aku nak gi maklumlah suami aku kat JB n ramai "handbag"nak bawak kang aku jugak tak makan.hahahhaha.....

Walaupun bulan Syawal dah berakhir Jumaat lepas (08/10/2010) tapi masih ramai buat open house.Ish,ish,ish..tak abis-abis makan,makan,makan,makan.....

Ari ni jugak hari nikah angkasawan negara Dr SMS n Dr Halina,ada siaran langsung persandingan dia kat TV3 tu....Jumaat lepas pun kecoh kat opis aku pasal Dr SMS ni.Maklumlah dia pun ambik tarikh 101010 untuk kawin. Kawan aku Sue pulak ckp ari ni dia nak nangis..Kenapa pulak nak nangiskan???? Nak tahu????Sebab Dr SMS nak kawin..Sue peminat dia, tu yg Sue sedih tu...Jangan sedih Sue..Kan kat rumah tu ada "Dr" N...heheheh "Dr" Nasa, suami dialah...kihkihkih.........

Friday, October 08, 2010

iPiN....iPiN.....ApaLaH Nk JaDi....

Masih ingat tak dengan nama Ipin....tapi bukan Upin & Ipin tau. Yang tu kartun animasi yang sangat popular di seantario nusantaraa. Yang aku nak cerita ni pasal Ipin kat ofis aku.

Ni lah wajah Ipin yang aku maksudkan..Tu haaa,ingat tak entry aku pada 01/10/2010 pasal comforter.Ipin yang jual comforter Mickey Mouse tu..Alahai Ipin..baju rene ijau gak kau pakai ye...ish..ish..ish.. Dah lah jual comforter ijau kat kat aku,baju ijau gak kau pakai masa dinner treasure hunt ari tu...Kau suka rene ijau ke Ipin??????

Terima kasihlah kat Ayu kerana bagi idea soh ambik gambar Ipin ni kat webmaster..Kalu tak susah gak nak ambik gambar Ipin ni..Busyyyylah katakan...

Thursday, October 07, 2010

SeISi kEmAs MeNgEmAs......

Ari ni masuk ari kedua aku mengemas sikit demi sikit barang-barang aku.Huhuhuhu....sedihnya rase nak tinggalkan tempat aku yang terperok kat belakang ni.

Lagi sedih bila kawan aku ni dok chop tempat aku ni...ish..ish..ish..tuan punya tempat blm blah lagi dari sini,hang pa dah chop nak dok kat tempat aku nooooo...ciannya aku.

Walaupun tarikh masih dalam kontroversi namun aku tetap teruskan untuk mengemas barang-barang personal aku kat ofis ni.

Wednesday, October 06, 2010

BiLa NaK BeRBuAh Ni..................

Mesti korang ingatkan tajuk aku tu ada kena mengena dengan buah...Oppsss..salah tu langsung tak de kena mengena langsung pun dengan buah atau pokok buah-buahan baik yang hidup atau yang telah mati..kihkihkih..

Ni pasal persatuan kat ofis aku.Aku ahli kuat persatuan tu tau. Persatuan yg memperjuangkan hak ahli2 untuk gaji daaa....sapa tak nak gaji lebih oooooo...

Ni lah haa..gambar presiden aku tu..Tuan Presiden ooiiiii...bila lah nak abih kes kita ni..den dah tak larat dah nak nunggu bila nak dapat "durian runtuh" ni...huhuhu

Ish.ish.ish..Tuan Presiden,makan kenyang-kenyang tau pas tu p wat keje noooo.....

p/s: terima kasih le kat cameraman-Shaik. aku CP dari computer dia..hikhikhik

Tuesday, October 05, 2010

Lagi Gambar Open House Raya...

Mula-mula nak perkenalkan dulu rupa bos aku.Haaa..ni dia boss aku Pn Nik Rosnani , a very humble person.Kami panggil dia Kak Nik..orangnye kecik molek, soft spoken.orang kelate lah katakan...

Ni buah-buahan segar serta kastard buah..Yummy!Yummy...

Ni pulak cream puff bercoklat kat atas..pun sedapppppppp....

Yang ni pulak delicious muffin..lagi sodapppp..beli kat wangsa walk..

Tu dia sebahagian daripada dessert..sedap tuuu..........tima kacih boss bawak semua dessert ni..macam tau-tau je citarasa staff.
Makanan berat pulak..ada macaroni goreng udang,bihun briyani (ada ayam tuuu..),lemang,rendang ayam,rendang hijau paru,potato.ayam bakar..ish.ish.ish..semuanya aku mkn..tapi dgn kuantiti yang sikit lah..
Ni pulak bahagian sup tulang..sedap jugak..ramai yang serbu kat sini dulu..bukan apa takut abih,kang kempunan pulak...Terima Kasih kat Azman sebab bawak sup ni..lain kali boleh bawak lagi yeee :p
Memandangkan kami semua tak sarapan pagi lagi,apa lagi kat bahagian makanan berat di serbu dulu...laparrrrr...makan time.....dan akhir sekali main menu yang ditunggu-tunggu........

Mereka yang "pot duit" belanja satay 400 cucuk (300ayam,100 daging)...aku makan 7 cucuk jeee..kihkihkih..Akhirnya kesemua makan langsai abih licin..alhamdulillah..So tutuplah acara open house..Burpppppp.........

Monday, October 04, 2010

OPEN HOUSE KAT OFIS


Ni lah gambar staff kat ofis yg aku keje. Tempat keje yg byk meninggalkan kenangan suka duka.
Haaaa..ni gambar tgh baca doa selamat serta doa makan. Yg sedang baca doa tu adalah Zaimi..selalunya waktu wat makan-makan,dia yang menjadi "ustaz" untuk baca apa2 doa... Wah!!Masing2 tak boleh sabo nak makan maklumlah belum lagi breakfast tu yg tak tahan..

Bila di amati gambar2 raya cam kurang je gambar aku..huhuhu...ciannya aku.Maklumlah aku dah nak blah dari situ tak de gambor aku...belum apa2 korang dah lupakan aku yeee....

Sedih ke Suka Ni.....???

Entahlah..aku pun tak tahu perasaan aku ketika ni..sedih ke suka???Huhuhu:( Apa yang aku nak selama ni dah dapat,alhamdulillah cuma aku tertanya-tanya aku ni sedih ke suka..

Kalau nak ckp sedih memang rasa sedih coz aku kena tinggalkan mak n ayah aku...Kesian mak n ayah aku tu.Tinggallah mereka berdua kat rumah tu. Pas tu kekawan aku kat sini yg sememangnya sporting pun aku kena tinggalkan mereka jugak tapi dalam masa yang sama aku memang rasa suka sebab aku akan bersama-sama dengan suami ku jugak.

Aku pun turut jd begong nak pilih date nak kesana. Ya Allah..kuatkan semangat aku ni...

Dah 17 tahun..

Hari sudah cukup 17 tahun aku keje kat sini.Lama tu... Walaupun gaji aku tak seberapa tapi alhamdulillah aku cukup seronok keje dgn sini. Dari aku anak dara sampailah dah ada 6 anak.

Macam2 kerenah manusia aku jumpa kat sini. Betul2 menyerokokkan mengenal sikap dan sifat setiap individu. Aku bknnya nak memuji diri ku ini cuma segala yg aku tempohi selama aku keje kat sini dijadikan pengajaran. Pengalaman yang sungguh indah...

Friday, October 01, 2010

AriSSa oOOoooo ArISSa.......Ica..Ica

Haaaa..tuan puan sekelian..ni dia anak dara ku..Arissa Nabila Musa..umur dah nak masuk 7 bulan pada 09 Oct ni..hihihi...Sememangnya aku memang ada anak yg ramai,kekekeke..tapi dgn Ica ni je yang memoningkan kepala aku ni..Suka menangis je..kememeh..anak bongsu lah katakan..ye ke bongsu????hehehheeh

Hubby aku pun surrender nak jaga dia..balik je dari rumah bbsitter,perkara pertama yang akan dia buat melalak..huhuhuhu...dah bagi makan..diam jap...aminnnn..Pas tu bila jam menunjukkan pukul 6:30pm ke atas,sambung melalak lagi..pening mak aku n hubby aku nak jaga dia. Aku rasa bg Ica,bila dia balik umah ,umi mesti ada bg susu kat dia..tu yg dia melalak masuk time tu..

Mak aku dah buatkan susu botol pun,dia tak nak hisap susu tu..Ciannyee mak ku..penat buatkan susu,Ica tak nak minum pulak.. Ica tu kalau menangis,aku kat luar pagar rumah pun dah boleh dengar...huhuhuhu...Sedih aku dengar..

Yang menarik tentang Ica pulak,dia suka menonggeng dan duduk tak betul.Cuba tgk gambar tu,pelik kan dia duduk...hehheheeh..

Ica oh ica..cepatlah besar dan cepatlah jalan...Nak oiiii..

Comforter Set Baru..MiCkEy MoUSe tuuuuuuu......

Sebelum kuar lunch tadi,Ipin ada dtg wat promo sikit kat sini. Dia bawak 1 comforter set Queen,1 comforter set single and 1 bedsheet single. Mula2 tu aku agak confius gak le,kekawan ofis ckp comforter set (Q) tu dgn nama double....apasal lak double..Confius!Confius!..

Sue ambik yg Queen size, Ayu amik yg single size tapi yg bedsheet single tu tak laku. Aku jd mak pacak je kat situ,saje sibukkan diri try sentuh bedsheet yg single tu. Lembut nyeeeee tapi aku bukannya beli pun..pas tu Ipin kata ada lagi satu Queen size macam Sue tu. Memandangkan aku sememangnya confius dgn double so aku tanya ipin.Ipin kata double tu adalah Queen..So apa lagi dari aku terus booking le dgn Ipin takut org lain amik pulak.

Ipin kata best buy,sebelum raya dijual RM80-00 tapi kini di jual murah...Sue cakap memang murah cz dia survey kat Wangsa Walk,comforter sahaja tak tebal mcm ipin jual ni,regenya RM100++...

Yang menariknyeeee comforter tu rene IJAU...ijau lagi tuuu .Semalam beli tupperware rene ijau,ari ni pulak beli comforter set rene ijau gak...tahulah rene ijau tu paveret warna hubby aku..tapi tak kan aku pun nak suka kaler tu gakk????


Ni dia comforter set tu..cantik weeiiiii....ptg nanti nak bawak balik umah,basuk cadar tu pas tu leh pakai kat dalam bilik aku..kuikuikui..sure anak2 aku hot.. umi guna cadar mickey mouse...Jangan marah ye anak2 semua..sekali kali bglah umi jadi budak kecik gak...hehehhee

BLOG AKU SUKA BACA...

Untuk makluman semua,sebelum aku serious buat blog aku ni,aku suka sangat 3 blog ni hari-hari. Semuanya di introduce oleh kawan aku Hani..Dia ni memang pembaca setia blog..banyak blog yang dia baca setiap hari. Tapi aku cuma ikut 3 blog ni :-

1)Blog Ana Suzana - Mula2 baca blog dia sebab suka tgk rumah dia yg cantik..Pas tu terus ikuti aktiviti harian dia. Dia jadikan blog ni sebagai diari,segala kerenah anak2 atau aktiviti harian dia di paparkan dibolg ni..Ramai peminat ana ni tau..

2)Blog Kadi Kluang - Mula2 baca sebab hani dok cerita pasal novel bersambung "Man Buger" (sehingga hari ni baru episod 45)hasil nukilan kadi kluang tu sendiri mungkin jugak kisah benar .Kalau dia tak sambung pasal novel dia,dia masih bercerita kisah benar hal rumahtangga untuk pengajaran.

3)Blog MazidulAkmal Sidek - Baca blog ni cz ada yang tak di update disuratkhabar tapi diupdate di blog mazidul ni such as gambar2.Banyak kisah benar dalam ni..

kartun zaman aku...

Untuk menceriakan hati ku yg sodih ini..aku nak citer pasal kartun zaman aku kecik2 dulu..masa tu tahun 80an..aku masih kat sekolah rendah lagi...

Kalau aku tanya ingat tak kartun ni.....
Waktu zaman aku sekolah dulu kartun ni memang famos lah...Aku pun suka tengok kartun zaman batu ni..memang betul2 keluarga bahagia..Masa tu siap leh ingat nama setiap karekter kartun tu..tapi sekarang hampeh dah lupa almaklumlah usia dah meningkat..Kalaulah dapat diulang tayang kartun ni..bestkan...
Nak wat cam ne zaman sekarang ni zaman kartun Jepun seperti Fukuchan,Sinchan,Hagemaru dan entah apa lagi.Aku tak ingat lagi..
Zaman akan datang,entah apa lagi jenis kartun yg cucu,cicit aku akan tengok....

FrUsTNyeeee......

Aku sebenarnya tengah frust sesangat ni...Korang nak tahu kenapa yek?? Cam ne nak ckp haa??? Aku sebenarnya sedang menunggu satu "benda" berharga sangat. Janji dapat b4 ari merdeka,pas tu tak dapat. Tunda pulak b4 raya..pong tak dapat.Tunda lagi akhir bulan 9...Sedihnyaaa masih tak dapat..Ni dengarnya bulan 10...Bulan 10???Hari ni dah bulan 10...

Tu yang jadi frust sangat...hanya DIA yang tahu sebab musabab kenapa "benda" tu masih tak dapat2. Nantilah kekawan,kalau aku dapat "benda" tu akan ku tunjuk dalam blog ni..tapi kalau bkn rezeki aku..maaplah yee..biarlah ianya menjadi rahsia antara aku n hubby..