Thursday, October 21, 2010

MC lagiiiiiiii.......

Nak cerita sikit ni pasal kenangan yang tak dapat aku lupakan sempena birthday aku ni. Gini ceritanya..malam tadi aku tak dapat tidur lena..bkn kerana cirit birit tapi kerana aku mengalami sakit perut yang melampau. Sakit gilerrrrrr........serba salah aku dibuatnya.terlentang salah,baring salah,mengiring salah semuanya salah..berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Bila dipikir balik,aku tak makan macam2 pun maklumlah sebelum tu aku kena cirit birit tapi kenapa aku sakit perut macam ni???WHYYYY???????? Dek kerana tak tahan sakit dalam pukul 3am aku bangun makan ubat angin.Ingatkan perut aku ok pas mkn ubat rupanya masih macam tu gak memulas2..nak nagis ada.Nasib baik anak aku arissa tak meragam.

Terasa nak kentut tapi tak kentut,terasa nak membuang tak membuang pun. Mula2 nak tunggu samapi pagi nak pegi semula PUSRAWi,klinik yang aku pegi masa cirit birit tu tapi kerana aku dah tak tahan.AKu terus siapkan diri aku untuk ke klinik. Memandangkan hubby aku tak de so aku kejutkan ayah aku dalam pukul 4:40am.Tunggu pulak ayah aku bersiap,lebih kurang pukul 4:50am aku sampai ke Klinik Kotaraya 24 jam kat Taman Melawati.

Memang tak de orang tak lambat betul aku nak jumpa doktor ni,dah tak tahan sakitnya samapai aku terbongkok2..huhuhuhu..Akhirnya aku jumpa doktor Dr Abdul Rahman.Dia check perut aku,katanya banyak sangat angin so aku cakap dgn doktor tu yang aku kena cirit birit so klinik PUSRAWI tu bagi aku 2 ubat,Aku tunjukkan ubat2 tu. PAs tu dokto tu kata badan aku tak tahan dgn satu ubat cirit birit tu. So dia soh stop ubat tu.Katanya aku kena inject ni..

Alamakkk!!!! Dah lama tak kena injection,kat punggung pulak tu. Nurse ada masa doktok bagi injection. Nasib baik tak sakit,takut gak sebenarnya. Dr bagi aku sehari MC..Aku balik rumah terus tidur penat tapi kesakitan kat perut aku masih ada cuma taklah seperti sebelumnya..

HaPPy BiRtHdAy tO mE

Baru aku ada kesempatan untuk apdet blog ni.Bkn apa sakit perutku ini belumpulih lagi.Asyik terbaring je aku kat hall atau bilik. Biasalah bila dah baring sure tidur punya..ish ish ish asyik tidur je aku ni...

Ari ni birthday aku yang ke 39 tahun. Terima kasih kepada kawan2 shahida,hani ,kak jem,abg kama,fiza HP,ita,pah (sherry),mas,serta cousin aku aida yang sms kat aku. Adik Ipar aku,Ila pun sms kat aku gak. Tidak ketinggalan,adik aku Amy yang paling akhir sms kat aku. Tak lupa kekawan kat FB yang mengucapkan Hepi Birthday kat aku..huhuhuhu..cukup terharu.. Thank you to all..cakap omputih pulak aku ni..

Yang beza birthday aku tahun ni,aku sakit perut yang melampau...huhuhuhu....