Sunday, October 10, 2010

10-10-10..........

101010...aku tak nak lepaskan peluang untuk apdet entry ari ni...bukan senang nak dapat tarikh ni oooooo..Memandangkan Arissa dah tidur,so aku cepat-cepat apdet entry untuk ari ni.

Kat kawasan perumahan aku ni,banyak majlis perkahwinan dijalankan,kononnya nak ambik berkat tarikh 10-10-10,tapi aku tak dijemput cuma mak and ayah aku je,kalau jemput aku pun susah aku nak gi maklumlah suami aku kat JB n ramai "handbag"nak bawak kang aku jugak tak makan.hahahhaha.....

Walaupun bulan Syawal dah berakhir Jumaat lepas (08/10/2010) tapi masih ramai buat open house.Ish,ish,ish..tak abis-abis makan,makan,makan,makan.....

Ari ni jugak hari nikah angkasawan negara Dr SMS n Dr Halina,ada siaran langsung persandingan dia kat TV3 tu....Jumaat lepas pun kecoh kat opis aku pasal Dr SMS ni.Maklumlah dia pun ambik tarikh 101010 untuk kawin. Kawan aku Sue pulak ckp ari ni dia nak nangis..Kenapa pulak nak nangiskan???? Nak tahu????Sebab Dr SMS nak kawin..Sue peminat dia, tu yg Sue sedih tu...Jangan sedih Sue..Kan kat rumah tu ada "Dr" N...heheheh "Dr" Nasa, suami dialah...kihkihkih.........

Friday, October 08, 2010

iPiN....iPiN.....ApaLaH Nk JaDi....

Masih ingat tak dengan nama Ipin....tapi bukan Upin & Ipin tau. Yang tu kartun animasi yang sangat popular di seantario nusantaraa. Yang aku nak cerita ni pasal Ipin kat ofis aku.

Ni lah wajah Ipin yang aku maksudkan..Tu haaa,ingat tak entry aku pada 01/10/2010 pasal comforter.Ipin yang jual comforter Mickey Mouse tu..Alahai Ipin..baju rene ijau gak kau pakai ye...ish..ish..ish.. Dah lah jual comforter ijau kat kat aku,baju ijau gak kau pakai masa dinner treasure hunt ari tu...Kau suka rene ijau ke Ipin??????

Terima kasihlah kat Ayu kerana bagi idea soh ambik gambar Ipin ni kat webmaster..Kalu tak susah gak nak ambik gambar Ipin ni..Busyyyylah katakan...

Thursday, October 07, 2010

SeISi kEmAs MeNgEmAs......

Ari ni masuk ari kedua aku mengemas sikit demi sikit barang-barang aku.Huhuhuhu....sedihnya rase nak tinggalkan tempat aku yang terperok kat belakang ni.

Lagi sedih bila kawan aku ni dok chop tempat aku ni...ish..ish..ish..tuan punya tempat blm blah lagi dari sini,hang pa dah chop nak dok kat tempat aku nooooo...ciannya aku.

Walaupun tarikh masih dalam kontroversi namun aku tetap teruskan untuk mengemas barang-barang personal aku kat ofis ni.

Wednesday, October 06, 2010

BiLa NaK BeRBuAh Ni..................

Mesti korang ingatkan tajuk aku tu ada kena mengena dengan buah...Oppsss..salah tu langsung tak de kena mengena langsung pun dengan buah atau pokok buah-buahan baik yang hidup atau yang telah mati..kihkihkih..

Ni pasal persatuan kat ofis aku.Aku ahli kuat persatuan tu tau. Persatuan yg memperjuangkan hak ahli2 untuk gaji daaa....sapa tak nak gaji lebih oooooo...

Ni lah haa..gambar presiden aku tu..Tuan Presiden ooiiiii...bila lah nak abih kes kita ni..den dah tak larat dah nak nunggu bila nak dapat "durian runtuh" ni...huhuhu

Ish.ish.ish..Tuan Presiden,makan kenyang-kenyang tau pas tu p wat keje noooo.....

p/s: terima kasih le kat cameraman-Shaik. aku CP dari computer dia..hikhikhik

Tuesday, October 05, 2010

Lagi Gambar Open House Raya...

Mula-mula nak perkenalkan dulu rupa bos aku.Haaa..ni dia boss aku Pn Nik Rosnani , a very humble person.Kami panggil dia Kak Nik..orangnye kecik molek, soft spoken.orang kelate lah katakan...

Ni buah-buahan segar serta kastard buah..Yummy!Yummy...

Ni pulak cream puff bercoklat kat atas..pun sedapppppppp....

Yang ni pulak delicious muffin..lagi sodapppp..beli kat wangsa walk..

Tu dia sebahagian daripada dessert..sedap tuuu..........tima kacih boss bawak semua dessert ni..macam tau-tau je citarasa staff.
Makanan berat pulak..ada macaroni goreng udang,bihun briyani (ada ayam tuuu..),lemang,rendang ayam,rendang hijau paru,potato.ayam bakar..ish.ish.ish..semuanya aku mkn..tapi dgn kuantiti yang sikit lah..
Ni pulak bahagian sup tulang..sedap jugak..ramai yang serbu kat sini dulu..bukan apa takut abih,kang kempunan pulak...Terima Kasih kat Azman sebab bawak sup ni..lain kali boleh bawak lagi yeee :p
Memandangkan kami semua tak sarapan pagi lagi,apa lagi kat bahagian makanan berat di serbu dulu...laparrrrr...makan time.....dan akhir sekali main menu yang ditunggu-tunggu........

Mereka yang "pot duit" belanja satay 400 cucuk (300ayam,100 daging)...aku makan 7 cucuk jeee..kihkihkih..Akhirnya kesemua makan langsai abih licin..alhamdulillah..So tutuplah acara open house..Burpppppp.........

Monday, October 04, 2010

OPEN HOUSE KAT OFIS


Ni lah gambar staff kat ofis yg aku keje. Tempat keje yg byk meninggalkan kenangan suka duka.
Haaaa..ni gambar tgh baca doa selamat serta doa makan. Yg sedang baca doa tu adalah Zaimi..selalunya waktu wat makan-makan,dia yang menjadi "ustaz" untuk baca apa2 doa... Wah!!Masing2 tak boleh sabo nak makan maklumlah belum lagi breakfast tu yg tak tahan..

Bila di amati gambar2 raya cam kurang je gambar aku..huhuhu...ciannya aku.Maklumlah aku dah nak blah dari situ tak de gambor aku...belum apa2 korang dah lupakan aku yeee....

Sedih ke Suka Ni.....???

Entahlah..aku pun tak tahu perasaan aku ketika ni..sedih ke suka???Huhuhu:( Apa yang aku nak selama ni dah dapat,alhamdulillah cuma aku tertanya-tanya aku ni sedih ke suka..

Kalau nak ckp sedih memang rasa sedih coz aku kena tinggalkan mak n ayah aku...Kesian mak n ayah aku tu.Tinggallah mereka berdua kat rumah tu. Pas tu kekawan aku kat sini yg sememangnya sporting pun aku kena tinggalkan mereka jugak tapi dalam masa yang sama aku memang rasa suka sebab aku akan bersama-sama dengan suami ku jugak.

Aku pun turut jd begong nak pilih date nak kesana. Ya Allah..kuatkan semangat aku ni...