Friday, October 29, 2010

LaSt DaY KaT E-ChANnEL

Ari ni aku last day kat sini.Huhuhu...sedeynya rasa nak tinggalkan department ni..Tak tahu cam ne pulak nasib aku kat tempat baru..

Perkara yang aku pasti aku tak boleh buat adalah apdet blog..sure busy punya aku kat tempat baru..huhuhuhuhu...nangis ni.. :-(

Tuesday, October 26, 2010

PiNdAh RuMaH....

Aku dapat confirmation dari hubby aku yang aku jugak akan pindah rumah. Maknanya dari Taman Daya aku akan pindah ke Taman Setia Indah. Hari Sabtu ni apa2 barang kat rumah aku di Taman Daya akan berpindah ke Taman Setia Indah.

Barang-barang tak lah banyak sangat pun..Dapur kecik 2 tunku,TV,set sofa,meja kecik..Tu yang aku ingatlah..

Rumah yang nak dok ni ada bilik 5 + 1.Bermaksud 5 bilik BESAR, 1 bilik kecik blh muat satu katil single. Car park pulak boleh muat 4 keta (kalau diletakkan sengget),2 1/2buah keta (kalau letak straight)..hehehe ada ke 2 1/2 keta tu...????

Hubby aku lum basuh lagi rumah tu..Tu tunggu aku lah tu bab basuh mebasuh ni..ish ish ish..aku jugak yang kena buat...

dAh NaK DeKaT...

Minggu ni adalah minggu terakhir aku berada di department EChannel. Start 01 Nov 2010,aku akan mulakan keje kat tempat baru di Johor Jaya..

Sedih pulak rasanya...huhuhuhu :(

Entah macam karakter staff and bos kat sana. Bagi aku sepanjang aku berada di sini,seronok sangat. Baik staff mahupun bos E -Channel,semuanya sporting,team work danmeriahlah kat department ni..

Aku akan merindui suasana ini..................

Thursday, October 21, 2010

MC lagiiiiiiii.......

Nak cerita sikit ni pasal kenangan yang tak dapat aku lupakan sempena birthday aku ni. Gini ceritanya..malam tadi aku tak dapat tidur lena..bkn kerana cirit birit tapi kerana aku mengalami sakit perut yang melampau. Sakit gilerrrrrr........serba salah aku dibuatnya.terlentang salah,baring salah,mengiring salah semuanya salah..berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Bila dipikir balik,aku tak makan macam2 pun maklumlah sebelum tu aku kena cirit birit tapi kenapa aku sakit perut macam ni???WHYYYY???????? Dek kerana tak tahan sakit dalam pukul 3am aku bangun makan ubat angin.Ingatkan perut aku ok pas mkn ubat rupanya masih macam tu gak memulas2..nak nagis ada.Nasib baik anak aku arissa tak meragam.

Terasa nak kentut tapi tak kentut,terasa nak membuang tak membuang pun. Mula2 nak tunggu samapi pagi nak pegi semula PUSRAWi,klinik yang aku pegi masa cirit birit tu tapi kerana aku dah tak tahan.AKu terus siapkan diri aku untuk ke klinik. Memandangkan hubby aku tak de so aku kejutkan ayah aku dalam pukul 4:40am.Tunggu pulak ayah aku bersiap,lebih kurang pukul 4:50am aku sampai ke Klinik Kotaraya 24 jam kat Taman Melawati.

Memang tak de orang tak lambat betul aku nak jumpa doktor ni,dah tak tahan sakitnya samapai aku terbongkok2..huhuhuhu..Akhirnya aku jumpa doktor Dr Abdul Rahman.Dia check perut aku,katanya banyak sangat angin so aku cakap dgn doktor tu yang aku kena cirit birit so klinik PUSRAWI tu bagi aku 2 ubat,Aku tunjukkan ubat2 tu. PAs tu dokto tu kata badan aku tak tahan dgn satu ubat cirit birit tu. So dia soh stop ubat tu.Katanya aku kena inject ni..

Alamakkk!!!! Dah lama tak kena injection,kat punggung pulak tu. Nurse ada masa doktok bagi injection. Nasib baik tak sakit,takut gak sebenarnya. Dr bagi aku sehari MC..Aku balik rumah terus tidur penat tapi kesakitan kat perut aku masih ada cuma taklah seperti sebelumnya..

HaPPy BiRtHdAy tO mE

Baru aku ada kesempatan untuk apdet blog ni.Bkn apa sakit perutku ini belumpulih lagi.Asyik terbaring je aku kat hall atau bilik. Biasalah bila dah baring sure tidur punya..ish ish ish asyik tidur je aku ni...

Ari ni birthday aku yang ke 39 tahun. Terima kasih kepada kawan2 shahida,hani ,kak jem,abg kama,fiza HP,ita,pah (sherry),mas,serta cousin aku aida yang sms kat aku. Adik Ipar aku,Ila pun sms kat aku gak. Tidak ketinggalan,adik aku Amy yang paling akhir sms kat aku. Tak lupa kekawan kat FB yang mengucapkan Hepi Birthday kat aku..huhuhuhu..cukup terharu.. Thank you to all..cakap omputih pulak aku ni..

Yang beza birthday aku tahun ni,aku sakit perut yang melampau...huhuhuhu....

Wednesday, October 20, 2010

HaPpY BiRtHdAy WiShES

Pagi tadi lebih kurang pukul 9 lebih am,aku dapat sms dari ngah (kakak ipar) aku. Nak tahu apa isi kandungan sms tu????? Ucapan birthday untuk aku...Aikkk????????Rasanya ari ni bukan birthday aku lagi...kekekeke..

Birthday aku esok daaaa...may b angah nak jadi org pertama wish kat aku so dia hantar sms. Ake reply sms angah tu "Terima kasih tapi birthday saya esok lah..hihihi". Angah jawab balik " ye ke..ingatkan ari ni,wish awal pun tak pe,tak salahkan"

Aku ok je ,wish awal ke,wish lambat ke yang penting ada orang masih ingat birthday aku...Tenkiu Angah...

CiRiT BiRiT @ DiArRhEa

Cirit birit atau bahasa omputih diarrhea @ diarrhoea adalah satu penyakit yang menyebabkan badan kita mengeluarkan cecair dari dubur sebanyak 3 hingga lebih dari 5 kali dalam sehari. Ianya juga merupakan satu punya kematian untuk negara membangun serta bayi. Kehilangan cecair dalam badan akan meyebabkan badan kita mengalami kekurangan air atau dehydration yang tidak seimbang. Oral dehydration "ubat cecair seperti eno perasa oren" serta ubat tablet zinc merupakan penawar cirit birit.

Bermula pukul 1 pagi hingga hampir 9:30 am ,aku mengalami cirit birit yang melampau.Entah apa yang aku makan semalam sehingga menyebabkan aku kena cirit birit.Aku tidak boleh tidur.Ngantuk gileeeeeeeer aku......

Ish,ish,ish nasib baik aku dapat MC dari klinik PUSRAWI.Ni pun masih tak dapat tidur lagi.Doktor cuma bagi aku ubat angin dan ubat cirit birit.Ubat macam eno tu aku tak dapat pun.Doktor kata perut aku ada banyak angin.Patut pun malam tadi aku asyik kentot je,busuk pulak tu.kikikiki

Aku pikir apa yang aku makan semalam.Tengahari aku makan ikan bakar kat belakang Wisma HLA,petang pulak mengunyah kacang dan kek kukus,malam pulak makan udang masak lemak dengan nangka dan ikan goreng di cicah kicap dengan cili.Alamakkkkkk!!!!!!Banyaknya aku mkn semalam. Huhuhuhuhu...patut pun macam-macam ada dalam perut aku,tu pasai kot kena cirit birit...Sekarang ni perut aku dah kosong.Nak makan pun tak selera.

Mmmmmmm....kuruslah aku hari ini. Hehehehe.....